Friday, August 28, 2009

TERASA HATI

Semalam dia msg bagitau dia nak sembang2....
Boleh ke nak call....
Aku bls msg ckp esokla kita sembang....
Pastu dia kata xpela....
Aku pun say gud nite n tata...


Aku pun meneruskan perbualan dgn housemate aku...
Dia luahkan masalah dia...
Mcm2 la.... Semuanya yg sedih2....
Aku pun dgr la ngan khusyuk...
Aku ni kekadang pendengar yang baik...
Kekadang pengkritik yang hebat...
Kekadang aku diam n wat lenga jer...
Kekadang aku beri pendapat yg bernas...
Pastu aku tidur...


Pagi tadi dia msg lagi....
Tetiba tanya nape aku tak nak sembang ngan dia...
Aku pun jawab aku tgh dengar kwn aku luah perasaan....
Huhuhu.... Rupanya dia bagitau dia terasa hati....
Aku kata terasa hati????
Dia kata, ada la sikit....
Oh... Mudahnya terasa hati...
Aku ni pulak, cukup susah nak terasa2 hati ni...
Buat la apapun, aku mcm tu jugak...
Kecuali kalau menyentuh sentimen maruah aku...
Ataupun maruah family aku....


Tapi satu jer yg aku tau....
Selagi bernama manusia....
Kita sentiasa memerlukan...
Perhatian n kasih sayang....
:)

Thursday, August 27, 2009

Tensionnyer...

Huhuhuhu.....
Kenapa di saat2 genting ni la pulak elektrik xde....
Yang herannya, kenapa, mengapa n bagaimana kat bahagian kami ni jer...
Huhuhuhu..... Dugaan.... Dugaan....
Tapi tension tetap terasa....
Baru je nak print plan layout Seberang Perak...
Pastu jadi mcm gini....
Hehehe... Balik umah tido kang....
Hehehe.... jap g gi site la....
Nak tengok keje pembinaan Tertiarry Offtake....
Hmm.... Chow Chin Chow..... (Sambil teringat air cincau)....

Wednesday, August 19, 2009

KETAHUILAH....


Ketahuilah bahawa…

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

KEPOMPONG KEHIDUPAN

Seorang lelaki telah menemui kepompong kupu-kupu di tengah jalan. Ada lubang kecil pada kepompong itu. .Dia duduk mengamati lubang itu dan melihat ada kupu-kupu cuba berjuang untuk membebaskan diri melalui lubang kecil itu.


Kemudian kupu-kupu itu berhenti mencuba. Ia kelihatan telah berusaha sedaya upaya dan kini tidak mampu untuk melakukan lebih jauh lagi. Akhirnya lelaki tersebut mengambil keputusan untuk membantu kupu-kupu tersebut. Dia mengambil gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu.


Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Namun, dia mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya berkeriut. Lelaki tersebut terus mengamatinya sambil berharap sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menampung tubuh kupu-kupu itu, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu. Namun, harapannya hanya tinggal harapan.


Hakikatnya, kupu-kupu itu terpaksa menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap berkeriut dan tidak sempurna.


Dia tidak pernah mampu terbang. Lelaki yang membantu kupu-kupu tersebut tidak mengerti bahawa kupu-kupu tersebut perlu berjuang dengan daya usahanya sendiri untuk membebaskan diri dari kepompongnya. Lubang kecil yang perlu dilalui kupu-kupu tersebut akan memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sehingga dia akan siap terbang dan memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.


Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Allah membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.


Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.


Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta…Dan Allah memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai. Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Allah memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.Begitulah cara Allah membimbing Kita…


Adakah jika saya tidak memperoleh apa yang saya idamkan, bererti bahawa saya tidak mendapatkan segala yang saya inginkan ?


Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Allah memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Allah, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

Tuesday, August 18, 2009

Pajero Tersangkut :)


Tadi masuk site ngan Encik Tahir, nak wat detail sebutharga. Tapi tu la, setelah meredah semak samun dah bukit bukau.... Pajero pulak sangkut... Hehehe... berpeluh jugak la... Ni gambar saya kat sebelah pajero yang sempat di snap oleh Encik Tahir sebab dah give up dan sedang menunggu bantuan dari Iqbal dan Husyairie :)



Hehehe, x tau nak cakap ini kenangan yang terindah atau pahit atau macam mana... Tapi nampak macam kelakar je pajero tersekat kat pokok. Hehehe... Encik Tahir dah surrender nak naikkan pajero kat atas... Last sekali panggil 2 technician lelaki (boleh dikatakan hero la diaorang ni, jap je pajero berjaya dikeluarkan dari celahan pokok tu). Hehehe...


Apapun thanks pada yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban :)

Sabar Itu Kuncinya


Sahabat, kenapa engkau menyendiri di sudut sana, kulihat dahimu berkerut memikirkan nasib diri yang engkau hadapi, terkadang air matamu seperti air sungai yang mengalir deras di pipimu, hatimu penuh dengan keluh kesah. Engkau memandang ujian yang dihadapi selama ini amat berat, benar-benar menghimpit dan menyesakkan dada. Engkau ingin bahagia seperti orang lain, ingin ketawa dan sentiasa tersenyum, bahkan terkadang iri hati melihat orang lain sentiasa sahaja bergembira.


Sesekali engkau menceritakan betapa malang untung nasibmu, ’selalu sahaja tersandung ketika berjalan’. Engkau menceritakan menjadi harapan pada dua hati ibu ayah yang ingin melihatkan kejayaan anaknya. Takut benar melihat mereka kecewa apatah lagi menitiskan air mata. Bagimu teguran mereka apatah lagi air mata merupakan satu dosa besar yang tidak dapat diampunkan buat dirimu. Engkau diajar untuk mengejar kesempurnaan dengan usaha, bagimu dengan berusaha pasti akan berjaya. Lalu engkau lupa bahawa natijah setiap sesuatu itu bukan ditangan manusia, tetapi Dia.


Sahabat, jiwamu terkadang memberontak, engkau akan memarahi orang lain yang tidak mempunyai apa-apa dosa pada dirimu, engkau menyalahkan keadaan dan benci dengan alam sekelilingmu, lalu bisikan-bisikan nafsu syaitan datang merayu, menghasut. Suka benar ia melihat manusia bersedih dengan kegagalan, suka benar ia melihat engkau berduka dan menyalahkan takdir. Jahat benar bisikan itu yang mengajakmu untuk memutuskan nyawamu dengan membunuh diri sebagai jalan mudah untuk penyelesai masalah.


Wahai sahabat, dengan hanya menangis, mengeluh, engkau tidak akan mendapat apa-apa. Hatimu akan dirundung pilu sepanjang masa, dan pada masa itu akal dan fizikalmu akan melemah, bagaimana engkau akan membina masa depan semula jika fikiranmu selalu sahaja memikirkan tentang kelemahan dan kekurangan diri? Benar, memikirkan kekurangan diri itu perlu tetapi untuk membina keyakinan dan memperbaiki diri, tetapi ia tidak akan dapat mengubah apa-apa hanya dengan air mata.


Sahabat, Tuhan telah memberitahu kita, bahawa setiap kesusahan itu diikuti dengan kemudahan, setiap ujian dan kegagalan hidup itu ada jalan keluarnya bagi orang yang bertaqwa. Lupakah engkau dengan qada’ dan qadar Tuhan? Sahabat, hidup ini adalah amanah yang bukan milikmu sahaja, ada perkaitan dengan Tuhan, manusia dan makhluk Allah yang lain. Bukanlah satu kegagalan di dalam hidup jika engkau kesandung pada kali ini, malahan jika ia datang berkali-kali di dalam hidup.


Tidakkah engkau lihat, bagaimana burung yang tidak berakal itu pada paginya tidak mempunyai apa-apa, sepulang sahaja pada petangnya, ia membawa makanan. Dari mana ia mendapatkan rezeki itu jika tidak ia berusaha dan yakin untuk mencarinya? Bahawa beburung yang berterbangan itu tidak ada yang menahannya kecuali Allah.


Lihat sahaja wahai sahabat, semut yang menangung beban gula 2 kali ganda berat badannya, tetap juga diusungnya dengan gigih dan sabar. Sesekali rezeki itu hilang entah kerana ada gangguan di jalanan, terlepas lagi makanan untuk rakyatnya. Tidak pula ia berundur dengan tangan kosong sahaja, tetap juga ia bertasbih dan bertahmid kepada Allah tanda syukur. Pernahkah kita melihat semut ini membunuh dirinya sendiri hanya kerana ia gagal mendapatkan makanan? SubhanaLlah! Alangkah hebatnya Allah menjadikan binatang sekecil itu untuk dijadikan perbandingan kepada manusia.


Jangan pula engkau berani membuat hukuman buat dirimu sendiri padahal ia bukan hakmu untuk berbuat demikian. Sekali lagi kukatakan bahawa nyawa, jasad, rerambut, kuku malahan kulit ini bukanlah milik kita. Tidak mampu kita untuk memberi alasan apa di hadapan Tuhan di hari perhitungan nanti... belajarlah untuk menjadi seorang yang redha dan syukur di atas taqdirNya.


Sungguh Allah Maha Tahu mengapa Dia memberikan ujian kegagalan dan dugaan kepada kita. Terkadang dengan kejayaan boleh melalaikan kita untuk ingat kepadaNya, berapa ramai yang menjadi takbur dengan kejayaan, dengan kekayaan seperti fir’aun yang bongkak dan mengaku dirinya Tuhan!! Allah memerintah Iblis untuk sujud (hormat) kepada Adam, tetapi ia congkak dengan kehebatan kejadian dirinya dari api dan Adam itu dari tanah. Sekurang-kurangnya jika engkau hilang segalanya dalam hidup, tetapi masih ada cahaya di dalam hati iaitu iman kepada Allah. Dikala itu, di hadapan Tuhan nanti, masih ada jawapan yang kukuh untuk engkau berikan agar selamat dari seksaan neraka....


Allah membuat gedung bagi para pencintaNya, lotengnya adalah susah dan gundah sedangkan mudharat adalah tiangya, Allah masukkah mereka ke dalamnya dan mengunci pintunya. Dia katakan pada mereka : Sabar itu kunci pintunya.

Friday, August 14, 2009

PAGI YANG SIBUK :)

Hari ni hari yang tersibuk sebab nak pergi siasat dua tempat permohonan petani dan paling penting assignment tak siap lagi. Huhuhuhuhu....

Thursday, August 13, 2009

SAKIT PERUT LORRR...

Semalam cuti, x dpt nak mkn kat majlis jamuan sempena dapat anugerah cemerlang. Tahniah kepada En. Tahir, En. Ahmad n En. Abd. Kadir, minta maaf tak dapat hadir, tapi paling best aku pesan ngan Encik Tahir suh tapau. Heehhe, x malu betul kan... Bukan apa, aku nak gak rasa lauk pauk org cemerlang nie. Lagipun bila aku cakap cuti semalam diaorang macam tak best jer sebab tukang merapu n wat bising xde. Majlis ini disponsor oleh mereka bertiga sempena mendapat ganjaran RM 1,000.00. Pagi tadi bersahur ngan housemate, ala panaskan je lauk semalam. Pas tu mkn ngan nasi goreng... Hehe. alhamdulillah, rezeki jangan ditolak.


Pada mulanya aku mcm x jadi nak puasa je sebab perut sakit sgt2 (mana taknya, lupa nak mkn petang semalam). Pastu pagi dlm kul 4.45 pagi aku msg housemate kat bilik sebelah bagitau aku x jadi puasa sebab sakit perut. Then dia bangun sorang, ishh.. tetiba hati meronta2 nak juga puasa. X leh jadi nie, aku pun bangun masak apa yg patut + panaskan lauk. Sayang... sayang... rugi kalau x dapat puasa. Lalu aku pun mkn dengan enak sekali. Sesekali perut ni memulas-mulas. Moral : Lain kali jangan tidur dengan perut kosong.


Hari ni pagi-pagi dah hujan... Rahmat :) Okey la, nak sambung kerja.... :)Puspa Wangi pun dah masuk opis... Heehe... Sayang Puspa :)

Monday, August 10, 2009

SEBUAH CERITA TENTANG EPAL


Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu..Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

KASIH SAYANG ADALAH SEGALANYA

Di pagi yang mulia ni saya nak share email dari kawan saya :



Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.


Wanita itu bertanya," Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."


Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya."Tidak", wanita itu berkata."Suami saya telah keluar."


"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.


"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.


"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama,""Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.


Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, Dia adalah Kejayaan,dan saya adalah Kasih Sayang.."


Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."


Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira."Bagusnya!!" dia berkata.


"Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk.Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"
Isterinya tidak bersetuju."Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"


Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang?Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"


"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya."Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua,"Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."


Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.


Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"


Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..


Moral untuk kita - Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan - itu asas kepada segalanya. Selagi ada Kasih Sayang !

Thursday, August 6, 2009

ESOK CUTI



Esok hari Jumaat bersamaan 7/08/2009, aku ambil cuti sebab nak wat assignment, study, dan mengemas kini buku nota yang serabut. Usahkan orang baca tak faham aku sendiri pun pening tengok nota aku. Tulisan mcm taugeh yang berpenyakit (kering n mengirikut). Sabtu n Ahad ni kemungkinan ada Ujian Kejuruteraan Bekalan air dan Air Sisa. iaitu subjek yang banyak teori, termasuklah subjek Pengurusan Pembinaan... Pengiraan ada sikit-sikit jer. Final semester lepas semua pengiraan jadi senang la nak score sket coz melibatkan rumus2 jer. Bila bab teori lemah betul... Lupa segala apa yang dibaca. Masa pensyarah mengajar mata ni rasa dah macam kena gam. Inilah dugaan bila kita berjihad untuk menuntut ilmu.



Apapun hari ni aku dapat berbuka puasa dengan keluarga tersayang. Best... Best... Dapat bermanja-manja ngan mak. Hehee.. Adik-adik mesti jealous. Huhuhu, sure malam ni diaorang ajak gi jalan-jalan kat tesco. Huhuhu, balik ni kena cucuk duit kat dinding ajaib bank. Kalau tak susah sket la kala dinding ajaib kat tesco out of service. Aku ni malas nak guna kad kredit sebab kad kredit selalu tertinggal kat rumah sewa.



Hmmm... agaknya apalah lauk yang mak masak ya... Aku kalau mak aku masak, walau ikan bilis goreng, selera betul makan. Itulah ajaibnya air tangan seorang ibu yang sangat-sangat aku cintai. Ibuku lah insan yang amat-amat aku cintai. Kalau mak baca ni mesti pengsan sebab selalunya aku jarang meluah rasa sayang aku dengan perkataan melainkan melalui perbuatan. Tapi yang sebenar-benarnya aku teramat mengasihi ibuku....


Aku harap semester akhir ni mudah-mudahan aku dapat berjaya dengan cemerlang, berkat sokongan keluarga dan teman-teman rapat. Kejayaan aku adalah hadiah buat diaorang :)


Oh, dah kul 4.4o petang. Aku nak siap-siap kemas beg n harta-harta karun aku (huhuhu, buku2 study aku la)....

Kepada kawan-kawan, doakan perjalananku selamat. Tata... Wassalam :)

KABUS OR JEREBU?


Hmm.. Pagi tadi dalam kul 7.25 pagi drive kereta menuju ke tempat kerja sambil melayan lagu Menara- Wajah-wajah Sayang-rock kapak (kata si afzan la, heheeh). Punya la tebal kabus pagi tadi, tapi aku confius... Kabus or jerebu. Bkn apa skrg semua padi dah dituai so, semua pengusaha-pengusaha padi (lazimnya dipanggil petani) sibuk membakar jerami.


Pernah aku pergi satu majlis dialog antara jabatan2 kerajaan ngan penduduk kampung (aku cuma menyibuk ikut bos aku jer), ada seorang lebai tu angkat tangan nak bercakap. Jadi penghulu tu bagi laluan, pak cik berlebai tu cakap yang pembakaran jerami itu telah mebuatkan beliau batuk selama seminggu dan tekaknya terasa gatal-gatal. Yang membuatkan beliau tidak berpuas hati tu sebab jerami2 ni dibakar waktu puncak ( waktu budak2 balik sekolah, waktu penduduk balik kerja, etc ). Pastu pegawai pertanian menjawab soalan pak cik lebai tadi, katanya mereka terpaksa laksanakan pembakaran jerami untuk membunuh musuh dan menghalau musuh yang bernama serangga termasuk bena. Baru2 ni memang ada isu kronik tentang penyakit merah virus (pmv) yang dibawa oleh serangga bernama bena. Aku pernah join housemate aku masa office dia wat tangkapan bena yang menyebabkan PMV. Itulah kali pertama aku turun ke sawah padi. Sebelum ni aku cuma jaga projek dan struktur pengairan jer, so mana ada involved sampai ke sawah padi :).


Ehh... aku dah mula merepek, sampai cerita pasal penyakit padi lak... Berbalik pada cerita jerebu nie, hmm.. semasa proses dialog tu aku sempat la menyembang2 ngan pengusaha padi yang menggelarkan namanya Kak Yah. Menurut Kak Yah pengusaha padi membakar jerami padi kerana itulah kaedah paling murah, cepat dan boleh menyuburkan tanah.


Aku tak tau nak komen apa... Hakikatnya aku terlalu cintakan bumi ini. Aku sentiasa membayangkan bumi ini sebagai sebuah rumah yang besar, dan didalamnya tinggallah kita semua sebagai keluarga yang besar. Setiap dari kita adalah ahli keluarga di rumah besar tersebut. Oleh itu setiap apa yang dilakukan oleh ahli dalam rumah tersebut sama ada baik atau buruk akan memberi impak kepada ahli yang lain dan tidak kiralah di mana sahaja individu ini berada.


P/S : Gambar kat atas tu masa aku menyibuk mengikut geng2 pertanian buat operasi menangkap bena untuk dihantar ke Putrajaya.

Wednesday, August 5, 2009

CABARAN BEKERJA

Hari ni aku dah dapat program autoCAD 2009. So, leh la aku nak edit balik layout plan yang jurutera aku bagi hari tu. Sebelum ni sistem autoCAD 2008 tu ada masalah so ganti ngan yang terkini lagi sensasi autoCAD 2009. Tapi malangnya aku kena tunggu unit ICT daftarkan dulu software ni. Ntah aku pun x tau nak daftar apa, tapi tu la katanya. Tak kisahla.. Janji pasni software tu leh pakai.. Lagipun sebelum tahun depan boss aku kata nak onn keje kelas E. So, xde masa nak lantik consultan melainkan semuanya kena wat sendiri oleh jabatan. Sebelum puasa ni pun group kitaorang kena wat survey utk menentukan purpose level taliair. Heheeh.. Kalau xsempat, bayangkan di bulan puasa, kami wat survey… Tentu balik opis semuanya lesu jer. Tapi selagi kita bekerja itulah amanah yang perlu kita galas J.

Lagipun sekarang tengah off season, 2 kontrak pun dalam tempoh kecacatan. Kalau dulu naik pening jugak kepala jaga kerja-kerja kat tapak, bayangkan tempoh kerja selama 2 tahun, macam2 kerenah dan masalah kerja timbul. Rasa lega sangat2 tempoh tu dah lepas dan kerja pun dah siap. Semua orang cakap best jaga projek nilai juta-juta ni, tapi sampai sekarang aku tak tau la apa yang bestnya… Technician macam aku nie apalah yang ada kalau adapun hanyalah pengalaman dari kerja-kerja sebelum ni. Itupun tak adalah banyak mana.

Sekarang adalah rasa rileks sket, kalau tak sebelum ni hari-hari berpanas, wat survey, checking jalan premix, jalan ladang, level u-blok lagi… Tambah lak dengan kontraktor yang suke mengelat lagi. Pening… Pening… Pening melayan kerenah kontraktor kelas B ni. Tapi aku rasa sgt2 bertuah sbb boss aku selalu bagi nasihat n sabarkan aku tiap kali aku naik angin ngan kerja-kerja yang tak ikut spesifikasi ni.

Tapi aku sentiasa jalankan amanah aku sebagai pekerja. Walau ramai kontraktor tak suka aku sebab ketegasan aku, tapi aku tau aku dah wat sehabis baik. Buat apa perkara pun terasa indah jika semuanya hanya kerana Allah J.

KES DERA

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah lawat Blog Kak Zai (ISLAM...My WaY oF LiFe ). Sakit betul rasa hati ni tengok gambar baby yang comel (rasanya semua baby comel), gebu and nampak manja didera. Menggigil rasa badan ni dan mengalir air mata saya ni. Di manakah kasih sayang sesama manusia?? Sorry, entry kali ni terlalu simple. Saya emosi sikit (banyak sebenarnya). Tapi sebelum tu nak wat pengumuman... Sapa2 yg rasa nak dera baby2 n anak2 diaorang, meh kasi kat saya budak2 tu.. Saya akan jaga diaorg sebaik mungkin dengan penuh kasih sayang... Biar saya susah n senang bersama budak2 tue... Hadirnya manusia di muka bumi ni adalah untuk dikasihi :)

Tuesday, August 4, 2009

There's no written guarantee

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.

Aku tak tau nyawa aku sampai mana, sungguh memang benar, mungkin tiada esok lagi, there's no written guarantee, and things that happened yesterday belong to history... Huhuhu, sungguh aku menginsafi diri. Ya, Allah dalam apa juga keadaan kau teguhkanlah keimanan aku. Berikanlah aku kekuatan untuk berkasih sayang :).

Kadang-kadang walaupun hidup ni terasa kepahitannya namun kemanisannya tetap ada, inilah hikmah di sebalik menjadi hambaMu ya Allah. Ya, aku sangat-sangat bangga menjadi hambaMu Ya Allah, kerana aku tahu setiap ujianMu terselit hikmah yang amat ku harapkan :)

Aku hanya seorang insan yang sentiasa optimis dalam menaiki sampan kehidupan. Arus dan ombak besar yang melambungkan tubuh kerdilku ini, sesekali tidak pernah membuatkan sampan usangku ini terhanyut jauh dari laluanku, kerana aku tetap adalah aku. Sehingga saat ini aku tetap mendayung laju, mengalahkan kapal-kapal besar di sekelilingku.... Kekadang kenakalan kapal-kapal besar cuba melanggar sampan usangku, huh! Melampau betul! HOI! Jeritan aku yang kuat itu membuatkan kapal-kapal besar tadi tersedar bahawa aku tidak suka diperlakukan begitu. Walau sampanku usang, namun aku tak pernah mengusik sesiapa... Aku masih lagi berada pada haluanku... Walaupun kekadang tuan empunya kapal-kapal besar mengajakku untuk tinggal di dalam kapal mereka yang besar, sungguh memang aku menolak. Bukan la aku tak mahu ataupun berlagak, tapi aku suka berada dalam harta aku sendiri, walau sampanku usang tapi hatiku cukup senang. Aku boleh lakukan apa sahaja di dalamnya :). Tetapi semalam sedang aku asyik mendayung tiba-tiba aku keliru, tetiba je aku tertanya-tanya di manakah aku???? Buat pertama kalinya sungguh aku bingung dengan apa terjadi. Alhamdulillah, bangun dari tidur pagi ini, aku tersenyum lega kerana AKU TETAP AKU :).

Bagun dari lena yang tak berapa nak best pagi ni, aku dapat melihat, suatu kefahaman itu adalah satu gandingan antara akal, hati dan perbuatan. Apabila akal aku yang lenga itu sudah mula berfikir sama seperti hati yang berperasaan dan sama seperti perbuatan bertindak, maka itulah kefahaman.... Yess, aku dah dapat sebuah kefahaman...

Sedikit nota kaki :

Untuk yang sedang takut dan risau dalam melakukan pembaikan dengan cara yang benar. Usahlah berasa takut, usah risau, anda di dalam dalam kebenaran, kebenaran pastinya ada tentangan, kesakitan dan ujian. Ketakutan hanyalah sebuah perasaan, ia bukanlah terbentuk seperti objek yang dapat memukul-mukul kita, ia hanya dalam bentuk perasaan.... Yang perlu hanyalah luruskan hati, kuatkan iman dan bertawakkallah kepa Allah s.w.t:)