Tuesday, July 28, 2009

SEBUAH LUKA




Minggu lepas adik aku balik dari KL, pastu dia demam2. Aku pun bagila ubat demam kat dia, pastu pastu dia tido. Aku pun gi kelas macam biasa pagi Ahad tu. Ptg tu aku balik, mak aku ckp adik aku gi klinik sebab dia kena jangkitan kuman dekat bawah telinga dia. Banyak bintik2 nanah2 kecil kat bawah telinga dia tu. Aku tau tu mesti sakit gila, kalau tak, jgn harapla adik aku nak gi klinik. Aku kenal sangat ngan adik aku tue. Degil dia, ego dia, lenga dia, semua aku tahula... Semua dalam poket aku jer... Pasal dia adik aku.


Aku yakin kalau dia masih couple ngan x-girlfriend dia, tentu ex dia la paling risau tgk keadaan dia. Mesti ex di bwk dia gi klinik n sbgainya sbb ex dia mmg syg gila kat dia. Pendek kata, mmg caring gila la kat dia. Aku pun dah tersayang gila kat ex adik aku nie sbb dah anggap mcm adik ipar aku sendiri la. Sayangnya adik aku yg lenga ni gi putuskan hubungan cinta antara dia n ex dia. Huhuhuhu... aku pun tumpang frust ma! Punya la baik ex dia, dia leh tinggal mcm tu jer... Sakitnya hati aku bila adik aku wat perempuan tu mcm tue... Tapi aku kena sedar, bahawa siapalah aku....



Aku xtau nak gambarkan mcm mana punya baik ex adik aku, tapi cukuplah aku n family aku yg tau bahawa perempuan tu x pernah bersalah ngan adik aku. Adik aku cuma SPM jer, keputusan pun x la baik mana, ex dia tu siap ada ijazah lagi.... Ex dia xpernah kisah pun jurang antara diaorang.... Ntah la, aku pun hairan ngan adik aku nie... Apa la yg kurang lagi ex dia pada mata dia....


Bayangkan, punyalah baik awek dia, xde duit siap bagi duit (bukan sikit jumlahnya), siap masak bihun, kuih lagi gi hantar kat adik aku sebelah petang. Pastu bila adik aku behenti keje, ex dia punyala supportive kat adik aku, siap tolong angkut barang lagi guna keta dia. Adik aku ada motor biasa aje, tu pun dia dah jual motor tu n duit tu dia wat belanja untuk study dia... Aku kalau ada boyfriend nanti, aku marah2 jer kalau dia asyik nak tukar tempat keje. Huhuhu, aku x sebaik ex adik aku :(.


Bila adik aku ngadu jer sakit sikit, ex dia siap belikan panadol, pil chi kit teck aun, minyak cap kapak, minyak angin, minyak gamat, semua jenis minyak n ubat la. Tu pun x cukup baik lagi di mata adik aku. Sebelum dia org putus awek dia siap beli n tempahkan 3 pasang baju melayu kat adik aku, sama kain n pattern dgn ex dia. Cuma ex dia wat baju kurung n kebaya jer... Masa putus tu ex dia siap nangis2 kat aku n mak aku lagi, pastu serahkan baju melayu tu walaupun waktu tu diaorg dh putus dh. Korang bayangkan tulusnya cinta perempuan tu kat adik aku. Tapi adik aku???



Dah berbuih2 mulut mak aku nasihat kat adik aku ni supaya jgn bertindak melulu... Last2 mak aku pun x leh wat apa. Yg menambahkan sakit hati aku tu lagi, adik aku tinggalkan awek dia tu just sbb dia rasa susah ber'couple' ni. Katanya best hidup solo. Logik ke ada alasan mcm tu??? Kadang2 lelaki ni mmg aku x paham dia punya habitat perangai, ada yg baik2 ditinggal2kan, yg mcm mana sebenarnya kehendak hati diaorg aku pun x tahu.



Apapun moral of da story, hargailah sesuatu sebelum ianya terlepas dari genggaman tangan korang.. ...

6 comments:

aZwa wiSTa said...

Mungkin ex dia tu tak cukup baik n tak cukup cun di mata dia..

aZwa wiSTa said...

sedih pulak lagu dlm blog kamu nih.. huhuhuhu.. rase macam nak nangis... :-(

Sofia said...

Bukan ex dia x cukup baik... Tapi sbb dia x sebaik mana, so x layak utk bersama perempuan yg baik mcm ex dia...

aZwa wiSTa said...

Mase utk dia berdikari setelah melukakan hati seseorang yg sangat2 jujur mencintai dia... kdg2 manusia ni x sedar perkara yg berharga dlm hidup dia. bila perkara tu dah hilang, baru dia akn terasa... ataupun mungkin dia jenis yg x kisah n mmg suke melukakan.. who knows???

Sofia said...

Hehehe... Berdikari?? Dia pandai berdikari ker?? Mgkin dia lupa, hari ni ex dia terluka... Esok lusa dia pulak.... Allah s.w.t maha adil :)

aZwa wiSTa said...

the time will come someday... just wait & see...