Friday, July 31, 2009

DOA SEORANG SAHABAT YANG SANGAT KU SAYANGI

Ya Allah Ya Tuhanku…

Sesungguhnya hanya padaMu selayaknya ku himpunkan segala keluh dan kesahku… Sesungguhnya hanya padaMu tempat yang selayaknya ku serahkan doa dan takdirku… Sesungguhnya hanya padaMu yang selayaknya ku berpaut di saat-saat mata ku buta dalam menilai sesuatu…

Ya Allah Ya Tuhanku...

Telah berjuta batu kakiku melangkah dalam mencari sebuah jawapan. Banyak yang telah aku temukan dan banyak juga yang telah aku nafikan... Telah berjuta waktu yang telah kugunakan untuk menghalusi dan mencari alasan dan jawapan bagi setiap kejadian... Telah berjuta airmata juga ku titiskan di saat-saat aku lemas dalam sebuah pencarian... Sesungguhnya, hanya padaMu selayaknya tempat aku berpaut untuk semalam, hari ini dan selamanya...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Atas nama sebuah perikemanusiaan, izinkan aku membuat sedikit kebajikan untuk seseorang yang sangat-sangat aku cintai seluruh hidupku kini... Memang dia hanya insan biasa yang banyak melukakan hati dan perasaanku dan kebenaran itu juga saban hari membunuh hatiku... Tapi pada malam yang hening ini, ku mohon sedikit kekuatan dan keberkatan dariMu, izinkanlah aku melakukan sesuatu untuk menemui cintaku... Izinkanlah aku, Ya Allah... Sesungguhnya, hanya Kau yang memahami apa yang tersirat di dalam hatiku ini...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku terasa begitu kerdil dalam limpahan kasih sayangMu... Di saat-saat aku kehilangan cinta sejatiku, baru aku sedari sememangnya ramai yang masih menyayangi diri ini... Di dalam kehilangan itu, aku temui erti sahabat sejati juga nilai kekeluargaan yang dulunya tak pernah kurasai.. Sesungguhnya, dalam kehilangan itu juga Kau selitkan juga sebuah keindahan yang tak mampu ku halusi dengan mata kasar.. Dan di celah-celah rintik tangisanku, Kau kurniakan sebuah senyuman di birai mataku...

Ya Allah, selepas ini, kuserahkan segalanya di dalam takdirMu dan aku redha serta bertawakal sepenuhnya kepadaMu... Sesungguhnya andai dia ditakdirkan untukkku, maka dekatkanlah dia padaku...

Ya Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui...

Izinkan aku mencuba untuk kali ini... Biarkanlah ia berjalan dengan sempurna... Dan kemudian segalanya kuserahkan kepadaMu.. Kerana hanya Kau sahaja yang dapat menilai segalanya... Hanya Kau sahaja Yang Maha Mengetahui di atas setiap sesuatu yang tersembunyi...

Ya Allah Ya Tuhanku, aku akui, begitu sakitnya hati ini bila hilang cinta sejati.. Dan kini aku terima dugaanMu ini dengan hati yang terbuka.. Kau kuatkanlah aku dalam menghadapinya.. Kau tabahkanlah hatiku dalam melaluinya... Kau kuatkanlah semangatku untuk terus hidup dalam berkatMu...

Ya Allah,

Hanya Kau sahaja yang mengetahui betapa banyak airmata ku yang telah tertumpah... Dan hanya Kau sahaja yang mengetahui segala impian dan harapanku yang telah punah... Maka, kau permudahkanlah segala urusan dalam kehidupanku selepas ini...

Aku mohon kepadamu, kembalikan cinta sejatiku... Izinkan aku hidup dengan bahagia dan ceria... Dan kuserahkan segalanya kepadaMu...

Ya Allah Ya Tuhanku...

Ssungguhnya aku sangat-sangat ingin hidup dan mati di dalam rahmatMu...


P/S : YA ALLAH, PERKENANKANLAH DOA SAHABAT BAIKKU INI.

MENGAPA HATI MASIH BUTA?

Kenapa masih terlalu ramai manusia yang membutakan mata hati untuk menilai kasih sayang yang diberikan kepada mereka? Kenapa harus mengkhianati dan terus-terusan menyakiti hati2 yang ikhlas menyayangi diri mereka. Sedarlah bahawa bukan mudah untuk seseorang jatuh sayang dengan kita, kenapa tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.



Kasih sayang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan makhluk yang melata di muka bumi ini samada dia bergelar insan atau pun binatang. Cuma tahap kasih sayang yang membezakan antara satu sama lain. Tiada manusia yang benci kepada kasih sayang walau sekejam mana pun dia namun hati nuraninya turut merindui belaian kasih sayang daripada insan lain.


Nabi pernah berpesan bagaimana tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri. Apa yang dia suka diperlakukan ke atasnya begitu juga apa yang dibenci berlaku kepadanya maka perkara yang sama juga mesti diraikan terhadap orang lain. Jangan perkara yang elok hanya mesti dilakukan kepadanya sedangkan dirinya tidak pernah menghormati perasaan orang lain.


Islam telah meletakkan garisan yang jelas tentang kasih sayang di mana kita mestilah berkasih sayang kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah. Banyak kisah yang menyedarkan kita bagaimana nikmatnya jika berkasih sayang kerana Allah antaranya bagaimana kisah 2 persahabatan di mana salah satunya bersahabat kerana Allah manakala yang satu lagi kerana dunia semata-mata.


Akhirnya salah seorang yang bersahabat kerana Allah meninggal dunia di mana semasa berada di dalam kubur dia dapat merasai nikmat kubur lalu dia merasakan bahawa kawannya yang masih hidup telah banyak berdoa kepadanya. Dia turut berdoa agar kawannya yang masih hidup dapat hidup dalam keadaan bahagia di bawah buimbung rahmat dan kasih sayang Allah.


Kemudian kawannya itu pula meninggal dunia lalu mereka berdua bertemu di dalam kubur dan saling memuji antara satu sama lain.Si yang telah lama mati memuji kawannya kerana banyak berdoa kepadanya yang membolehkan dia memperolehi nikmat kubur manakala kawannya yang baru mati pula memujinya kerana banyak berdoa sehingga dia dapat merasai kebahagian hidup dan senang selepas mati.


Kisah dua orang yang bersahabat kerana dunia semata-mata pula di mana apabila salah seorang daripadanya telah meninggal dunia lalu dia disiksa di dalam kubur yang menyebabkan dia mengutuk kawannya yang masih hidup atas alasan sebab kawannya itulah dia tersiksa.


Apabila kawannya itu pula mati lalu mereka bertemu dan saling mengutuk antara satu sama lain di mana masing-masing saling menuduh bahawa kawannya itulah yang menyebabkan mereka lalai dengan dunia yang membawa kepada mereka terseksa di dalam kubur. Semoga kisah ini dapat membuka lagi hati nurani kita untuk meletakkan kasih sayang pada tempat yang betul dengan mengikut neraca Islam. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat.

NAK BALIK KAMPUNG


Tak sabar nak balik kampung. Rindu sangat dekat mak n family.. Hmmm... X sabar nak makan masakan mak.. Hmm.. Sedapnya...


Tak sabar rasanya bila saat pulang ke rumah, adik bongsu, Hanim berlari menerpa ke arahku dengan senyuman yang cukup manis..... Huhuhu, esok ada kelas... Assignment tak siap lagi... Huhuhu, dalam proses :)

Thursday, July 30, 2009

KEMALANGAN

Semalam jam 4.00 petang, aku dpt panggilan dari mak su mengatakan mak co n da family xcident. Terkejut beruk aku. Mak su aku minta tolong aku pergi Hospital Tapah tengok2kan mak co n family dia. Settle kan cepat2 kerja kat opis then bergegas gi hospital. Aku n kawan2 serumah pun gi la Hospital Tapah tu. Sian kawan2 aku, diaorang dah la penat gila dengan kerja diaorang, tapi dgn seikhklas hati diaorang temankan aku. Bertuah aku dapat kawan2 yg baik, alhamdulillah.

Sampai kat sana jam 5.10 petang. Kami parking kat wad lelaki ( sebab husband n anak lelaki dia yg cedera ) rupanya diaorang kat wad kecemasan lagi. Mak co aku tunggu kat depan wad kecemasan. Hmm... aku pun masuk tengok ayah co n anak lelaki dia, Zafri. Muka ayah co penuh dgn kesan-kesan jahitan... Alamak, banyaknya luka... Dengan baju penuh darahnya... Aku rasa agak loya sikit cium bau darah tadi, tapi mujurla aku leh tahan.

Pas tu aku ngan member aku gi la beli air mineral, air kotak n sedikit makanan untuk keluarga mak co aku. Tak lama pas tu ayah co aku minta bawakan dia gi balai wat repor ttg xcident n nk ambil barang2 berharga dlm kereta. Aku suh kawan aku bawakkan sebab aku kena tunggu family aku yg on da way ke hospital sambil membawa anak bongsu mak co aku, Huda. aku tau sepanjang jalan Huda mesti meraung2 coz dia anak manja mak co n ayah co aku.

Settle semua, kami hantar diaorang balik ipoh. Then kami balik semula ke rumah sewa. Sian kawan aku kena drive malam2 ngan silauan lampu keta yg pemandunya x bertanggungjawab memasang lampu tinggi. Aku tengok, kawan aku kat sebelah pemandu tu dah terlentok2 ngantuk. Huhuhu, siannya... Semua sebab aku... Tapi aku dah ucapkan terima kasih kat diaorang sebab sanggup bersusah payah kerana aku :).

P/S: Memang ayu kawan aku yg sorang tu, pakai baju kurung kuning air... Cantik, menarik, tertarik kau memang daBOOM.....

Tuesday, July 28, 2009

SEBUAH LUKA




Minggu lepas adik aku balik dari KL, pastu dia demam2. Aku pun bagila ubat demam kat dia, pastu pastu dia tido. Aku pun gi kelas macam biasa pagi Ahad tu. Ptg tu aku balik, mak aku ckp adik aku gi klinik sebab dia kena jangkitan kuman dekat bawah telinga dia. Banyak bintik2 nanah2 kecil kat bawah telinga dia tu. Aku tau tu mesti sakit gila, kalau tak, jgn harapla adik aku nak gi klinik. Aku kenal sangat ngan adik aku tue. Degil dia, ego dia, lenga dia, semua aku tahula... Semua dalam poket aku jer... Pasal dia adik aku.


Aku yakin kalau dia masih couple ngan x-girlfriend dia, tentu ex dia la paling risau tgk keadaan dia. Mesti ex di bwk dia gi klinik n sbgainya sbb ex dia mmg syg gila kat dia. Pendek kata, mmg caring gila la kat dia. Aku pun dah tersayang gila kat ex adik aku nie sbb dah anggap mcm adik ipar aku sendiri la. Sayangnya adik aku yg lenga ni gi putuskan hubungan cinta antara dia n ex dia. Huhuhuhu... aku pun tumpang frust ma! Punya la baik ex dia, dia leh tinggal mcm tu jer... Sakitnya hati aku bila adik aku wat perempuan tu mcm tue... Tapi aku kena sedar, bahawa siapalah aku....



Aku xtau nak gambarkan mcm mana punya baik ex adik aku, tapi cukuplah aku n family aku yg tau bahawa perempuan tu x pernah bersalah ngan adik aku. Adik aku cuma SPM jer, keputusan pun x la baik mana, ex dia tu siap ada ijazah lagi.... Ex dia xpernah kisah pun jurang antara diaorang.... Ntah la, aku pun hairan ngan adik aku nie... Apa la yg kurang lagi ex dia pada mata dia....


Bayangkan, punyalah baik awek dia, xde duit siap bagi duit (bukan sikit jumlahnya), siap masak bihun, kuih lagi gi hantar kat adik aku sebelah petang. Pastu bila adik aku behenti keje, ex dia punyala supportive kat adik aku, siap tolong angkut barang lagi guna keta dia. Adik aku ada motor biasa aje, tu pun dia dah jual motor tu n duit tu dia wat belanja untuk study dia... Aku kalau ada boyfriend nanti, aku marah2 jer kalau dia asyik nak tukar tempat keje. Huhuhu, aku x sebaik ex adik aku :(.


Bila adik aku ngadu jer sakit sikit, ex dia siap belikan panadol, pil chi kit teck aun, minyak cap kapak, minyak angin, minyak gamat, semua jenis minyak n ubat la. Tu pun x cukup baik lagi di mata adik aku. Sebelum dia org putus awek dia siap beli n tempahkan 3 pasang baju melayu kat adik aku, sama kain n pattern dgn ex dia. Cuma ex dia wat baju kurung n kebaya jer... Masa putus tu ex dia siap nangis2 kat aku n mak aku lagi, pastu serahkan baju melayu tu walaupun waktu tu diaorg dh putus dh. Korang bayangkan tulusnya cinta perempuan tu kat adik aku. Tapi adik aku???



Dah berbuih2 mulut mak aku nasihat kat adik aku ni supaya jgn bertindak melulu... Last2 mak aku pun x leh wat apa. Yg menambahkan sakit hati aku tu lagi, adik aku tinggalkan awek dia tu just sbb dia rasa susah ber'couple' ni. Katanya best hidup solo. Logik ke ada alasan mcm tu??? Kadang2 lelaki ni mmg aku x paham dia punya habitat perangai, ada yg baik2 ditinggal2kan, yg mcm mana sebenarnya kehendak hati diaorg aku pun x tahu.



Apapun moral of da story, hargailah sesuatu sebelum ianya terlepas dari genggaman tangan korang.. ...

Monday, July 27, 2009

SAKIT KEPALA....



Hmmm.... apa itu sakit kepala? Bagi yg x penah merasa sakit kepala, meh sini aku bagi intro sikit apa itu sakit kepala.

Bila kena serang sakit kepala, rasa macam nak pecah jer kepala. Berdenyut2 je kepala aku nie. Sekejap kiri, sekejap sebelah kanan, ngada2 jer rasa sakit nie. Kebanyakan sakit kepala berlaku di luar tengkorak, dalam saraf, salur darah dan otot yang melindungi kepala dan tengkuk. Hahaha... ni aku terbaca kat dalam buku. Sebab semasa aku sakit kepala, aku dah x tau sakitnya tu dtg dari dalam or luar tengkorak, dalam saraf ke apa ke, yg aku tau aku punya kepala sakit bangat sih!


Tapi mujurla bila bayangkan wajah2 insan yg aku sayang... huhuhu, legala sikit. Tapi paling penting aku teringatkan 2 potong kek aku... :)


Menurut Imam Al-Ghazali, salah seorang ahli sufi yang masyhur, "Penyakit adalah salah satu daripada bentuk pengalaman yang mana dengannya manusia dapat sampai kepada ALLAH s.w.t., kerana ALLAH s.w.t. telah berfirman bahawa penyakit itu adalah hambaNYA dan disertakanNya dengan orang-orang pilihanNya."

Jadi sepatutnyalah kita jangan menganggap penyakit itu sebagai sesuatu yang buruk & amat tidak berguna. Sebaliknya hendaklah kita sedar bahawasanya ia juga adalah makhluk ALLAH s.w.t. yang dijadikan sebenarnya sebagai salah satu mekanisma tubuh badan manusia yang mana berfungsi sebagai pembersih, pemulih & pengimbang dalam semua aspek diri kita, iaitu fizikal, emosional, mental & juga spiritual.

Secara asasnya, tubuh badan manusia itu sendirilah (dengan kudrat & iradat ALLAH s.w.t.) yang menjalankan proses penyembuhan, bukannya herba, makanan atau lainnya. Kesemua benda-benda ini hanyalah sebagai pemangkin atau pendorong sahaja. Jika kita luka contohnya, bukan iodin, minyak gamat, jahitan atau juga balutan yang menyebabkan kesembuhan tetapi isi-isi dan kulit kitalah yang dengan izin ALLAH s.w.t. kembali membentuk sel-sel baru yang akhirnya mencantumkan kembali luka yang dialami. Ubat-ubatan yang kita gunakan mungkin akan mempercepatkan lagi proses penyembuhan tersebut.


Friday, July 24, 2009

Aku Dan Dua Potong Kek



Ramai orang suka makan kek, tapi aku ni bukan suka kek sangat. Selain rasanya yang manis dan berkrim, ia juga memualkan tekak aku. Tapi kalau makan kek secret recipe gagah gak la sampai dua tiga sudu... Pastu x leh teruskan... Muak..




Tapi baru2 ni aku dapat memegang dua potong kek yang sungguh gebu lagi berkrim (nyam...nyam...nyam...), memang sedap gila. Sampai aku rasa itulah kek yg terhebat dlm dunia nie. Mmg best!!! Tak caya??? Hahaha.... Biarla korang, janji aku tau apa aku rasa... Tapi aku x sempat rasa pakai lidah ma! Sedihnya....


Sebenarnya kadang-kadang bila kita minat sangat dengan sesuatu kita akan rasa sanggup lakukan apa sahaja untuk menikmati keenakan rasanya. Tapi berbeza dgn aku sblm ni. Aku x suke kek.... Sangat2 x suke... Tapi hari ni selera aku berubah...


Mungkin ada yg tertanya2 kek perisa apa yg sedap sgt tu kan! Hahaha.... Aku jer tau jawapannya... Hahaha.... Tapi kek tu dah pegi jauh.... Tapi dia akan kembali lagi... Hahahaahahha (gelak jahat)!!


Walaubagaimanapun sebenarnya kek ni sempat aku pegang jer... X sempat nak makan, bkn x sempat nak mkn tapi.... Takut nak mkn sebab kek tu bukan aku punya!!!


Kepada tuan punya kek tu, maafkanlah aku kerana memegang kek mu.... Tapi aku tau tu bkn kek aku, aku letak la balik.... Pastu aku cuma cium jer bau kek tu yg melekat lagi kat tangan aku. Sedih.... Dapat bau pun jadi la.... Dah nasib kau labu :)


P/S : Malam ni nak mimpikan kek!!!






Thursday, July 23, 2009

Ada Apa Dengan Cinta????

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20] Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.