Monday, October 12, 2009

Apakah maksud sebenar Kejahilan dalam konteks Islam...

Saya harap seseorang akan faham maksud saya ni... Saya harap orang tu akan faham...


Memiliki kepintaran sahaja belum cukup. Ramai di kalangan mereka yang pintar tidak memiliki kemahiran berfikir. Malah, orang yang mempunyai kepintaran yang biasa sahaja ada yang mahir berfikir. Begitu juga ramai orang yang pintar terjerumus dalam “perangkap kepintaran” dan menyebabkan mereka menjadi pemikir yang tidak mahir.


Dewasa ini, terdapat kekeliruan antara kepintaran dan keunggulan berfikir. Secara umumnya terdapat sesetengah golongan yang percaya kepintaran dan daya berfikir adalah dua perkara yang sama. Justeru itu, orang yang pintar dipercayai orang yang pandai berfikir. Jadi kekeliruan ini menyebabkan sistem pendidikan terutamanya melakukan kesilapan yang serius. Pertamanya, guru-guru percaya para pelajar yang mempunyai IQ yang tinggi secara automatiknya pandai berfikir dan yang kedua, guru-guru percaya para pelajar yang tidak memiliki IQ yang tinggi tidak perlu diajar berfikir kerana mereka tidak ada bakat untuk berfikir seterusnya mereka tidak akan jadi pemikir yang baik.


Semua orang mengetahui apakah yang dikatakan berfikir? Berfikir adalah suatu tuntutan Islam dan berlawanan dengan kejahilan. Meskipun agama lain juga mengajak manusia berfikir tetapi seruannya dalam bentuk selintas pandang . Setiap kali agama Islam mendorong tentang berfikir dengan mengaitkan keunggulannya. Justeru itu, dalam Islam akal merupakan alat untuk memberikan kefahaman dan tasawwur yang tepat. Malah akal juga memberikan seseorang itu kebijaksanaan.


Seruan al-Quran kepada usaha berfikir senantiasa dizahirkan menerusi surah-surah Makki dan Madani. Penekanan asas ialah dalam bentuk penyaksian fikiran tentang kewujudan Allah, seterusnya dimanifestasikan melalui tanda-tandaNya berupa ciptaan dan kitab suci.


Menurut Kamus Dewan, berfikir bermaksud menggunakan akal ( untuk menyelesaikan sesuatu dan sebagainya), mempertimbangkan ( dalam ingatan ). Manakala bertindak pula bermaksud menjalankan usaha ( kegiatan dan lain-lain lagi ) untuk sesuatu, mengambil langkah-langkah untuk mengatasi ( menyelesaikan, menentang dan sebagainya ).


Kadangkala ‘uruf, adat atau terikut-ikut dengan pihak lain ( taklid ) akan menyekat kecerdasan akal. Islam melarang dan tidak pernah mengizinkan manusia mengundurkan diri dari hak untuk berfikir kerana tertipu atau takutkan mereka yang lebih berpengaruh.


Begitu juga, manusia bertanggungjawab terhadap buah fikiran dan tindakannya. Insan yang amanah dengan akal akan melihat kehormatan dirinya melalui kemampuan memelihara masyarakat dari bencana. Akal mesti dipandu ke arah agama, sementara agama pula memandu ke arah berfikir.


“Kebodohan” diertikan dengan “ketidaktahuan” . Ia mempunyai beberapa pengertian yang sesuai dengan konteks kalimah yang digunakan. Secara umumnya perkataan al-jahl digunakan dalam konteks merendahkan atau mencela. Tetapi kadang-kadang ia digunakan untuk menjelaskan keadaan tertentu dari seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan, sehingga ia tersesat seperti seseorang yang tidak mengetahui arah perjalanan untuk menuju ke suatu tempat.


Sebahagian ulama membahagikan al-jahl kepada dua bahagian iaitu kebodohan yang sederhana dan kebodohan yang bertingkat-tingkat. Selain itu, al-jahl juga diertikan sebagai orang yang melakukan suatu perbuatan yang tidak sesuai dengan perkataan atau orang yang menyalahi perintah Allah.


Pendapat Ulama Tentang KejahilanPara ulama mempunyai beberapa pendapat tentang pengertian kejahilan( al-jahl) :Ar- Raghib al-Ashbahani mengatakan bahawa terdapat 3 jenis kebodohan iaitu:Pertama: Keadaan diri tanpa ilmu. Pengertian ini merupakan pengertian yang sebenar.Kedua : keyakinan terhadap sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan yang sebenarnya.Ketiga: Melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sesuai dengan apa yang seharusnya dilakukan, baik berdasarkan keyakinan yang benar mahupun salah seperti orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.


Firman Allah yang bermaksud:
“Dan ( ingatlah ), ketika Musa berkata kepada kaumnya: “ Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina.” Mereka berkata : “ Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan?’’ Musa menjawab: “ Aku berlindung kepada Allah sekiranya menjadi seorang dari orang-orang yang jahil.”( Surah al-Baqarah: 67 ).



Perbuatan tersebut dilakukan hanya untuk menjadikan sesuatu sebagai ejekan adalah suatu kebodohan.

Firman Allah yang lain pula bermaksud:“ Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” ( Surah al-Hujurat:6 ).



Abul Baqa’ pula mengatakan: “Al Jahl al-basith bererti tidak memiliki ilmu tentang sesuatu yang seharusnya diketahui, sedangkan al-jahl al- murakkab adalah sebutan bagi orang yang mempunyai keyakinan yang tidak sesuai dengan kebenaran, kerana ia menyakini sesuatu berbeza dengan apa yang seharusnya.”



Ibn Manzur berkata : Kebodohan ialah berlawanan dengan ilmu. Al-jahalah ( perbuatan bodoh ) adalah perbuatan yang dilakukan tanpa ilmu. Sedangkan al-jahiliyah ialah keadaan bangsa Arab sebelum datangnya Islam. Ini kerana kebodohan mereka mengenai Allah, RasulNya dan hukum-hukum agama, bangga dengan garis keturunan, kebesaran dan kekuasaan dan lain-lain lagi.



Pendapat Ibn Taimiyah pula mengenai al-jahl ialah ( kebodohan ) digunakan untuk menyebut keadaan yang tidak berilmu dan digunakan pula untuk menyebut tidak dilakukannya suatu perbuatan sebagaimana yang telah diketahui. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“ Jika seseorang di antara kamu berpuasa, maka hendaklah ia tidak berkata keji dan tidak pula bertindak bodoh, jika ada orang yang memeranginya hendaklah ia berkata: Aku sedang berpuasa.”



Sikap bangsa Arab sebelum Islam disebut jahiliyah ( bodoh ), iaitu mencakupi keadaan yang tidak mempunyai ilmu atau tidak mengamalkan ilmu yang diketahuinya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:“ Sesungguhnya di dalam dirimu terdapat sikap jahiliyah.” Kerana ia mencela seseorang dan menghina ibunya.



Dalam hal ini, Allah telah berfirman yang bermaksud :
“ Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan ( iaitu ) kesombongan jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan kepada orang-orang Mukmin…” ( Surah al-Fath: 26 ).



Kemarahan dan kesombongan pula akan membawa seseorang terjerumus ke lembah bahaya. Erti kebodohan sedemikian ialah kebodohan melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan ilmu sehingga seseorang melakukan perbuatan yang membahayakan dirinya.
Pendapat Qatadah pula menyatakan para sahabat Rasulullah s.a.w bersepakat mengatakan setiap perbuatan dosa terhadap Allah adalah perbuatan yang bodoh. Begitu juga orang yang tidak berilmu disebut bodoh atau kebodohan. Ini kerana mereka tidak memanfaatkan ilmunya sehingga kedudukannya menjadi bodoh.



Imam Ibn Qayyim mengatakan al-jahl terbahagi kepada dua bahagian iaitu tidak mengetahui kebenaran yang bermanfaat dan tidak melakukan sesuatu yang seharusnya dilakukan. Dua jenis kebodohan ini ialah kebodohan dari segi bahasan, syariat dan hakikat.

3 comments:

syahbandar87 said...

siapakah orng tu yg dimaksudkan ni.hehe..sy telah membacanya dngn rapi dan sy fikir ada bnrnye apa yg ditulis ini

kakve_santi said...

kunjungan rutin... :)

Teratak Murniku said...

Assalamualaikum, Pia ada dimana sekarang, bz lagi yee...