Friday, May 8, 2009

Ini Suatu Ujian

Huhuhu… hari ni sakit betul perut… Nak menaip minit meting pun rasa terketar-ketar je jari… Anggap je la ini suatu kafarah.. Moga2 ALLAH mengampunkan dosa-dosa kecil yang pernah aku lakukan.

Walau apa yang berlaku, selagi rasa sakit ni boleh ditahan… aku takkan pergi klinik. Bos cuti, Pelajar praktikal pun cuti juga hari ni. Huhuhu… Sunyi rasanya sehari tak mendengar bos marah. Hehehe…

PERLUKAH MENANGIS

MENANGIS.... PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.... ...ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA..... ..

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta
menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di
dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke
bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap
hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut
tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah
dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela
umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul
dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di
puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang
silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka "Rasulullah saw bersabda :
Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan
mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya
mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu
kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum
itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai
kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat
memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang
telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya
mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah
menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor
burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh
air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu
mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah
mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam
sesungguhnya belum saya pernah menciptakan air lebih lazat daripada
air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan
sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki
itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk
menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala
dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati
hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air
mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis
membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia
dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api
neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada
Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu
malam."

Wednesday, May 6, 2009

CINTA


Alkisah di sebuah pulau kecil, tinggallah benda abstrak. Ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Pada awalnya mereka hidup bersama-sama dengan aman dan saling memerlukan. Namun pada suatu hari, tiba-tiba badai datang menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba bergelombang dan menimbulkan ombak yang sangat besar dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni di pulau itu segera berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat bimbang kerana ia tidak pandai berenang dan tidak memiliki perahu. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Ia berdiri di tepi pantai untuk meminta bantuan. Sementara itu air semakin naik membasahi kaki CINTA. Tidak lama kemudian, kelihatan KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

”KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolonglah aku!” teriak CINTA.

Dengan segera KEKAYAAN pun menjawab, ”Ohh! Maafkan aku, CINTA!” kata KEKAYAAN. “ Perahuku telah penuh dengan semua hartaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ini akan tenggelam. Lagipun tak ada ruang lagi untuk kau di perahuku ini”.

CINTA amat sedih sekali, namun kemudian dia melihat KEGEMBIRAAN melintasi di depannya dengan sebuah perahu.

”KEGEMBIRAAN! Tolonglah aku!” Teriak CINTA.

Oleh kerana KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana dia telah menjumpai sebuah perahu, dia langsung tidak mendengari teriakan CINTA. Air semakin meninggi membasahi CINTA sampai ke paras pinggang dan CINTA semakin panik. Tidak lama selepas itu, lalulah KECANTIKAN di depannya.

”KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!” teriak CINTA.

” Wah, CINTA kamu sudah basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu bersama. Nanti kau akan mengotorkan perahuku yang indah ini.” Sahut KECANTIKAN.

CINTA amat sedih mendengarnya. CINTA mula menangis teresak-esak.

”Apa kesalahanku, mengapa semua orang tidak mempedulikan aku?”

”Ketika CINTA sedang menangis , lalulah pula KESEDIHAN dengan perahunya.

”Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu,” kata CINTA.

”Maaf CINTA. Aku sedang bersedih dan aku ingin bersendirian...” kata KESEDIHAN sambil terus mendayung perahunya.

CINTA sudah mula putus asa. Air semakin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap agar dirinya akan diselamatkan orang. Dia berdoa kepada Tuhan.

“Oh, Tuhan tolonglah aku, apa akan terjadi pada dunia tanpa aku, tanpa CINTA?”

Pada saat yang kritikal itu, tiba-tiba terdengar suara memanggilnya,

“CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!”

CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut panjang memutih sedang mendayung perahunya. CINTA pun naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Kemudian setibanya di pulau yang berhampiran, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera meninggalkan pulau itu. Pada ketika itulah, baru CINTA sedar bahawa dia tidak mengetahui siapakah gerangan orang tua itu yang baik hati dan telah menyelamatkannya itu. CINTA segera bertanya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang itu.

”Oh, orang tua tadi. Dia ialah IMAN” , kata orang itu.

CINTA pun bertanya lagi, “Tapi mengapakah dia menyelamatkan aku? Aku tak kenal dia, sedangkan kawan-kawan yang mengenaliku langsung tidak mahu menolongku,” tanya CINTA kehairanan.

”Sebab, hanya IMANlah yang tahu betapa berharganya CINTA itu, hanya CINTA sejati bersandarkan IMANlah yang akan berkekalan hingga ke syurga,” kata orang itu.

Setelah itu, fahamlah CINTA akan kepentingannya di dunia ini. Tanpa IMAN, apalah yang akan terjadi pada CINTA. Jika tiada IMAN akan hancurlah CINTA itu.

Sesungguhnya cinta kepada Allah itu yang paling utama. Cinta bersandarkan iman itu yang paling berharga. Cinta yang bersandarkan kekayaan, kecantikan, kesedihan, kegembiraan hanyalah perkara sementara di dunia ini. Segalanya akan membawa kepada kehancuran diri dan akan memudahkan syaitan menjalankan peranannya untuk menghancurkan lagi diri kita.

Oleh itu wahai saudara-saudaraku sekalian, ingatlah bahawa cinta yang bersandarkan iman itulah yang membawa kita ke syurga. Bagaimana untuk membezakan cinta bersandarkan iman atau tidak?

Sebagai pasangan kekasih, cinta bersandarkan iman mestilah tidak membawa seseorang itu kepada kemaksiatan seperti keluar berdua-duaan dengan bukan muhrim kita. Tidak berpegangan tangan, tidak berzina
dan sebagainya.

Jika sebaliknya, cinta itu hanyalah bersandarkan kepada perkara duniawi semata- mata disamping hasutan syaitan dan tuntutan nafsu. Itulah cinta yang tidak akan berkekalan hingga ke syurga, hanya keduniaan semata-mata.

Hanya sekadar bercerita....dan dalam bercerita ambillah iktibar.

Sekadar Renungan

Renungkanlah..........

Mungkin Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki.sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cintasebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.

Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis. Sampaikan pada sebanyak mana orang yang tersayang, tanda peringatan anda pada mereka.