Monday, September 28, 2009

CERITA TENTANG RAYA :)

Assalamualaikum wbrt….

Alhamdulillah, Aidilfitri kali ini terasa lebih bermakna dari yang sebelumnya. Kami sekeluarga bergotong royong mengemas rumah, memasang langsing, termasuk memasak rendang, daging masak taucu dan laksa. Hehehe… Sedap… Sedap… Sedap!


Teringat dekat blogger tersayang, Miss Wista, Mama Min, Kak Zai, Kak Asma, Pn-Iena, Mama Kiter, Mak Dara Terdiva, Kak Azian, Datin El... Dan mcm2 lagi yang lamannya selalu saya lawati... Mesti blogger semua seronok menyambut raya bersama2 keluarga tersayang. Alangkah indahnya kalau dapat berjumpa ngan blogger2 semua ni kan....


Berbalik kepada cerita hari raya..Tahun ni jer saya memperuntukkan RM 1,000.00 khas untuk tetamu yang datang. Termasuk mak-mak saudara yang berumur 45 tahun dan ke atas. Semua urusan pemberian duit raya emak yang uruskan. Alhamdulillah tepat raya ke 8, angpau RM 1,000 cuma berbaki RM 20.00 je. Paling best tahun nie sama sahaja macam tahun2 lepas. Saya tak belipun baju raya untuk diri saya. Setiap tahun saya mesti dapat hadiah baju raya daripada kawan2. Tahun ni dapat 2 pasang. Tapi saya Cuma pakai sepasang je. Sepasang lagi tak tau la nak pakai bila…….


Hari raya pertama biasala… Salam cium tangan mak, ayah dan adik beradik, mohon ampun dan maaf zahir batin. Bertukar-tukar duit raya. Best… Best… Dah umur 24 tahun pun still dapat duit raya lagi. Boss, kakak angkat, ayah angkat, abang sepupu, kawan pun bagi duit raya. Kira-kira semuanya dapatla dalam RM 800.00. Hehe, tapi duit-duit tu semua dah habis… Hehehe, sebab bila gi rumah kawan2 yang mana ada nenek-nenek tua… Ataupun mak cik2 tua… Saya dah agih-agihkan pada mereka. Lebih duit tu wat isi minyak melawat saudara mara dan balik kamgpung sebelah mak dan ayah. Saya selalu ingat pesan mak dan ayah, dalam kita bergembira jangan lupa pada yang tua dan yang tidak berkemampuan.


Raya pertama, jam 1.00 petang laksa sebanyak 12 kampit selesai. Selepas solat zuhur kami sekeluarga beraya ke rumah ayah saudara di Desa Pelancongan, kami dijamu dengan nasi minyak. Sedap gak… Kemudian ke rumah kawan saya di Kampung Gajah. Hehehe, sedap betul lontong tuan rumah tu. Berpeluh2 makan sebab sedap sgt.


Malam pula kami pecut balik ke rumah kerana kawan sekerja nak beraya kat rumah. Nasib kuah laksa masih berbaki jadi mak rebus sekampit lagi laksa. Di samping tu mak masak nasi untuk makan malam. Selesai menjamu laksa, tetamu diajak makan malam pula. Lauk yang cukup simple tapi nampaknya tetamu selesa dan suka menjamahnya. Lauknya cuma gulai taucu daging, rendang ayam, daging goreng, sambal tumis telur dan ulam petai + sambal belacan.


Hari raya kedua pula penuh saudara mara dan jiran datang berkunjung. Sampai petang. Selepat solat Asar kami bergegas ke rumah terbuka ibu saudara di Taman Pengkalan Timah. Juadah utamanya laksa dan lemang + gulai taucu daging. Menariknya keluarga sebelah ayah akan menyediakan rendang dan gulai taucu daging untuk dimakan bersama lemang. Ini memang menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Pendek kata, tak sah hari raya tanpa rendang dan gulai taucu daging… Selepas tu pergi pula ke rumah adik bongsu mak. Hehe… Kami cuma mampu makan biskut raya sahaja kerana sudah kekenyangan……


Hari raya ketiga, menerima kunjungan tetamu yang ramai. Tengahari tetamu mulai lengang, sempatla kami sekeluarga tidur dalam sejam, pastu siap2 pergi balik kampung sebelah mak.


Hari keempat pulak pergi ke Lumut, saja jalan2, sebab adik2 teringin nak main tepi laut. Petang baru balik…


Hari kelima pula pergi balik kampong emak sekali lagi sebab ayah saudara sakit. Hari keenam pula pergi Sungai Siput lawat abang mak dan kemudian ke rumah ayah saudara ayah. Sebelah malam pula pergi ke Kampar, rumah kawan serumah. Makan laksa… Hehehe, kegemaran saya laksa….



Hari ketujuh pula pergi Manjung, beraya rumah pensyarah saya semester lepas yang mengajar subjek Kejuruteraan Tapak. Makan laksa lagi, sedap oooo…. Memang bertuah raya tahun ni dapat makan laksa banyak2… Selepas makan laksa tu, kami sekeluarga pun minta diri. Selepas tu terus pergi ke Stesen Janakuasa Manjung, port tempat saya, kawan baik, dan keluarga memancing. Hehehe, paling terror kawan saya la… Beliau pernah menaikkan seekor pari di tempat kejadian… Selain itu berpuluh2 ekor ikan sembilang pernah tewas ditangannya…. Hebatkan dia tu. Saya? Ada gak la dapat ikan, tapi tak sebanyak beliau la…



Hari kelapan, dah balik umah sewa sebabnya hari kesembilan dah nak kerja dan nak mula puasa sunat…. Selamat hari raya semua...



Sekian laporan raya dari unit berita… Hehehe…

6 comments:

mamamin said...

ur such a sweet and nice girl..abadikan sifat murni yang ada dalam diri.. mama bangga kenal budak tomel yang baik hati ni..

salam sayang..

Azian Nd said...

Sofia.. Salam. Memang benarlah Sofia begitu sinonim dgn gulai tauchu . Akak nak cuba dgn daging pula.Nama-nama tempat dlm cerita Sofia itu mengingatkan akak bahawa emak akak juga dari kawasan yang sama tetapi telah lama berhijrah ke tempat lain.Makanan yg tertulis juga merupakan fav keluarga kami...wallahualam.

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt Mama Min,

Hehe, untuk pengetahuan Mama Min, saya nie terkenal dengan sifat nakalnya. Kalau tak percaya tanya family saya.

Hehe, kalau saya balik je petang Jumaat tue, riuh rendahla rumah saya tu.

Selain tu saya juga pernah dikejar oleh ibu saya keliling meja makan sebab saya menyakat mak saya.... Hehe...

Salam sayang mama Min:)

Sofia said...

Assalamualaikum wbrt Kak Azian,

Betullah kak, gulai taucu ni dah macam satu tradisi dekat kawasan tempat tinggal saya.

Nanti kalau akak singgah Ipoh atau Lahat, beritahulah saya ya. Boleh jumpa :)

Wah, ibu akak dari kawasan saya ya :) Nanti sampaikan salam saya buat ibu dan keluarga akak ya :)

Asma said...

Assalamualaikum Sofia, Taucu ni merupakan kesukaan akak tau, tapi masak dengan timun aja, tak pernah lagi dengan daging, ni mesti nak kena cuba nih...

Sofia said...

Assalamualaikum akak Teratak Murniku :),

Kalau family saya pula, kami masak gulai taucu daging + terung + timun + bawang besar banyak sket + cili hijau besar.

Wah, dah terliur dah... Hehehe.... Kalau akak dtg ipoh, beritahu je ok :)

Siap gulai taucu daging :)